Ahlan wasahlan. May Allah bless us and ease in everything, Amin. visit my another web: tumblr.
Disclaimer
“As I look back on my life, I realise that every time I thought I was being rejected from something good; I was actually being redirected to something better. You must convince your heart that whatever Allah has decreed is most appropriate and most beneficial to you.” - Imam Al-Ghazali
Navigations

Profile Blog Links Joined Credits
I am ME
a servant of Allah


do leave ur trace

Daily Reads
akak arina | sya izz | nazifa | husna | anis bella


Rotten Things
May 2013 | January 2015 |

hai awak!
Ayah poyo lah!
USIM vs Matrikulasi
Happy Teachers Day!
i thought maybe i should have another blog. this, ...

Music
your music is silence

hai awak!
Written at Thursday, 22 January 2015 | back to top


2 Comment(s)
omg rasa gedik sangat. tbh tak tahu pun siapa yang rindu along tuu awwhhh tapi agak2 laaa macam budak tu haha tapi tak tau laa betul ke tak.
hmm tulaaa dulu mengada mak aihh buat belog banyak2 last2 dah tak terupdate semua. *lempangdirisendiri*

hmmm, nak ulang apa yang dengar dari ustaz nouman ali khan tu. beliau cakap manusia sekarang ni lebih tertumpu kepada 'seen things' like harta, kecantikan dan kehenseman, kepandaian, dan sebagainya. kita macam dah dibutakan dengan segala macam kemewahan dunia yang sementara. lepastu semalam masa pergi kelas tafseer surah al-kahfi, dean MMBS tu cakap, kita hidup ni pilih nak keredhaan Allah ke kemewahan dunia *ziina*. nikmat dunia yang dibuatkan nampak indah dan gah oleh syaitan.

so, tepuk dada tanya iman, nak yang mana. tbh lagi, kadang-kadang diri ni pun tak lepas dari lihat these seen things tapi struggle jugak untuk lihat the unseen things jugak. ape contoh the unseen things ni? macam syurga neraka, pahala dosa, kecantikan dalaman dan kerohanian, selalu ingatkan diri yang kemewahan dunia ni pun semua dari Allah. maacam contoh kan orang lain dapat result lagi tinggi dari kita, apa yang nak kita jeleskan.. dah itu yang mereka kerjakan dan bersungguh-sungguh, so they deserve it.  dan ingatlah yang kalau orang lain lagi bijak pandai dari kita, sebenarnya bijak pandai dia tu dari siapa? Allah jugak, Allah permudahkan dia. so kita pun mintaklah dengan Allah supaya mudahkan kita.

lagi satu pasal doa. yang ni tadi petang baru dengar dari youtube, ustaz tu cakap, kalau syaitan yang Allah laknat tu pun Allah makbulkan permintaan dia, kita manusia, sebaik-baik kejadian lagilah Allah nak kabulkan permintaan kita. kalau kita rasa kita dah banyaak dosa, rasa Allah takmau dengar lagi doa kita, ingat lagi yang Allah maha pengampun dan Allah saaangat gembira kalau kita kembali kepadaNya. kalau Allah sayang kita nanti Allah bagitau dekat malaikat Jibril, inilah hambanya yang Allah sayang, dan Allah suruh Jibril sayang kita jugak. dan nanti Jibril bagitau semua makhluk supaya sayang kita jugak, pastu nanti orang-orang sekeliling kita pun sayang kita jugak insyaAllah. bahagia tak? apa lagi yang kita nak selain dari sayang Allah, sayang Jibril. sayang makhluk Allah yang lain. sayang Nabi Muhammad memang terang dari nyata sebab even baginda sakaratul maut pun masih sebut ummatii ummati, kan? tapi kena ingat yang kalau Allah tak suka kita pun akan berlaku perkara sebaliknya.

dah. fuhh ni laa sebab kenapa kena menulis. penting muhasabah sorang-sorang pun. walaupun ada awak sorang je yang baca, saya lebih pada gembira!

Labels: ,

Ayah poyo lah!
Written at Tuesday, 21 May 2013 | back to top


0 Comment(s)

Ya. 'ayah poyo lah!' salah satu iklan dalam radio yang aku dengar dalam sehari dua ni. Err.. Awak nak ke anak awak cakap macam tu dekat awak?

I mean, pendengar bukan remaja atau orang dewasa sahaja, yang menuturkan perkataan 'poyo' kepada rakan dan orang yang memang kerek >_< Sedarlah wahai pembuat iklan, ramai budak-budak yang innocent umur 4-5 tahun yang juga turut mendengar. Diorang kecik lagi, tak dapat nak bezakan, oke 'poyo' ni tak boleh cakap dekat ayah. Aku pon tak tergamak nak cakap macam tu dekat ayah sendiri.

Indeed, tanggungjawab parents yang mendidik anak-anak, adik tak boleh cakap macam tu dekat ayah tau. Tapi pembuat iklan pon kenalaa sedar sebab perkara macam ni laa yang kebanyakannya membawa kepada keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang *mood karangan bm* Jangan hanya kerana nak mengaut keuntungan semata kita menggadaikan sahsiah dan akhlak remaja yang bakal menjadi pimpinan masa depan. Mungkin benda ni nampak kecik, tapi yang kecik ni laa akan menjadi parah nanti. Nampak tak pengaruh media massa sekarang? Menakutkan.

Satu lagi, orang lain sibuk cakap 'takkan hilang Islam di dunia!' atau 'takkan pupus melayu di atas muka bumi', tapi dia? 'takkan hilang lawak di dunia' err.. Kenapa awak ni? Tak faham betul aku.

'Jadi dentist untuk ummah ya?'

:'D insyaAllah!

Labels: ,

USIM vs Matrikulasi
Written at Saturday, 18 May 2013 | back to top


0 Comment(s)
Alhamdulillah, semalam cek upu dapat kos Tamhidi Pergigian di USIM. Belajar nuuun di Nilai. Walaupun tak dapat yang aku mintak----> asasi perubatan, UIA, rasa sedih tu ada laa tapi yakin apa yang Allah bagi itu yang terbaik untuk kita kan? :3


yeah.. ada banyak lagi yang perlu kita syukurkan.

Tak perlu untuk kita tunggu dan lihat apa hikmah yang ada disebaliknya. Hanya perlu yakin. Mungkin sahaja hikmah itu kita nikmati tanpa kita sedar. :)




Labels: